Pengawas ICT Print
Written by Administrator   
Tuesday, 16 October 2012 01:05

Institusi Pengawas ICT ditubuhkan pada tahun 2010. Mereka bertugas untuk menjaga dan mengendalikan peralatan ICT dalam seluruh struktur sekolah, termasuklah rangkaian wayarles dan berwayar serta laman web. Jumlah Pengawas ICT berubah pada setiap tahun mengikut keperluan kerana terdapat permintaan yang besar dalam usaha melahirkan warga sekolah yang celik IT di SMK Bandar Tun Hussein Onn 2.

 

PROSES PEMILIHAN

Pengawas ICT dipilih melalui temu duga dan diluluskan oleh Ketua Pengawas ICT dan Penyelaras ICT. Hanya pelajar yang berkelayakan sahaja diluluskan. Borang permohonan untuk menjadi Pengawas ICT boleh dimuat turun secara online pada setiap awal tahun. Sebelum permohonan diluluskan, pemohon akan dilatih serta beberapa ujian asas akan diadakan. Selain itu, mereka dikatogarikan kepada unit khusus berdasarkan kepakaran serta minat masing-masing.

 

TEMPOH PERCUBAAN

Tempoh minimum percubaan yang dijalankan ialah 3 bulan. Selama tempoh percubaan, pemohon akan diberi penerangan dan latihan cara bertugas. Mereka juga akan diberi tugas seperti mengecat semula dinding makmal komputer dan aktiviti gotong royong. Pemohon yang berketerampilan dan berwibawa akan disenarai pendek untuk diberi jawatan sebagai Pengawas ICT. Pelantikan akan diadakan setelah mereka menjalani percubaan selama kira-kira 3 bulan.

 

PENTADBIRAN

Pentadbiran Institusi Pengawas ICT dikawal oleh AJK yang terdiri daripada 9 orang.

 

AJK Institusi Pengawas ICT:

Ketua Pengawas ICT, Timbalan Ketua Pengawas ICT, Setiausaha, Naib Setiausaha, Bendahari dan 4 orang ketua unit.
Unit dalam Institusi Pengawas ICT:
Unit Rangkaian Komputer (URK), Unit Latihan, Unit Laman Web, Unit Grafik.
Senarai Makmal Komputer:
Makmal Al-Khawarizmi, Makmal Al-Farabi, Makmal Al-Biruni, Makmal Al-Kindi.

 

Penyelaras ICT:

En. Noorman bin Sa'at

 

Ketua Pengawas ICT:

  • Mohd Hafizul Afifi bin Abdullah (2010–2011)
  • Muhammad Norhisham bin Ruslan (2012)

 

PAKAIAN SERAGAM

Lelaki: Baju kemeja putih lengan panjang, seluar hitam dan cardigan hitam.
Perempuan: Baju kurung putih, kain hitam dan cardigan hitam.

 

INFO MAKMAL KOMPUTER

Bilangan Makmal - 4 buah.
Sistem Operasi (OS) - Windows 7 & Windows xp.
Makmal komputer dilengkapi dengan CCTV serta server.

 

PRODUK PENGAWAS ICT

  • Laman Web Sekolah
  • Sistem Pembelajaran Online