LADAP i-Think Print
Written by Nirmala   
Monday, 13 January 2014 12:16

Pada 4/1/2014, Jawatankuasa i-Think dengan kerjasama Jawatankuasa LADAP telah mengadakan LADAP i-Think untuk semua warga pendidik SMK BTHO2. Semua guru telah terlibat secara aktif dalam LADAP ini.

LADAP ini bertujuan untuk membugarkan minda guru terhadap penggunaan lapan peta i-Think dalam proses PdP di dalam bilik darjah. LADAP ini dibahagikan kepada tiga slot iaitu slot 1 (pembugaran i-Think) yang disampaikan oleh Pn. Roslina Razali (GKMP Bahasa). Slot 2 pula disempurnakan oleh Pn. Norliza Kastor (KP Sains) yang bertajuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Seterusnya, slot ke-3 (Pengajaran Mikro/Micro Teaching) dikendalikan oleh Pn. Rozee Roslan (Guru Sejarah).

Secara keseluruhannya, LADAP ini mendapat respon yang baik daripada para guru dan guru-guru dapat mengaplikasikan peta i-Think dan KBAT yang baik semasa sesi perbengkelan (pengajaran mikro). Semoga ilmu yang diperoleh semasa LADAP ini dapat diguna dengan jayanya oleh guru-guru dalam PdP di kelas masing-masing.

Last Updated on Tuesday, 11 February 2014 18:05